Saturday, 14 September 2013

dilema....

bila tgk balik entry lama dlm blog ni, rasa mcm..... mcm...... hei, berkerut-kerut kening aku membacanya. ye lah, time buat entry ni, mood lain, skrang mood lain. 

sekarang aku tengah dalam dilema. cerita dia macam ni...

abang aku yang kedua, dia dah jatuh hati kat seorang perempuan ni. jumpa kat fesbuk. memang cun giler wa cakap lu. cantik sangat. pakai tudung, anak ustazah. mestilah baik dan alim kan... kan...

yang membuatkan aku dilema tu bila akak cun ni dia chat kat aku, tanya sebenarnya abang aku tu macam mana. benda kecik je, bagitau je lah abang aku tu macam mana kan....

tapi masalahnya, aku tak pasti la dia anggap abang aku tu macam mana. alim sangat ke? karang kalau aku cerita, sebenarnya abang aku tak lah alim sampai tahap ustaz-ustaz kang, pastu dia dah tak suka abg aku, pastu abang aku salahkan aku pulak. kalau diorang tak jadi kawen, bukan abang aku je sedih, aku pun sedih sekali pasal aku suka la akak tu jadi kak ipar aku, aku tak tau kenapa, tapi aku suka la dia jadi kak ipar aku.

jadi aku tanya lah kawan aku yang lebih mendalam ilmu agama dia dari aku. dia nasihatkan aku untuk bagitau je abang aku tu macam mana orangnya dari perspektif aku sebagai adik. kalau tak nanti akak cun tu salahkan aku pulak bila dah kawen ada benda yang dia tak suka pasal abg aku... insyaAllah, kalau dah memang akak cun tu jodoh abang aku, mesti dia boleh terima abang aku tu apa adanya.

hmmmm....

ok lah, macam mana abang aku tu sebenarnya...

abang pertama dengan kedua memang jauh gila perbezaan diorang. dari kecik lagi abang pertama (aku shortform kan jadi abg-1=abgpertama dan abg-2=abgkedua jelah, penat nak tulis panjang2) ni memang boleh dikatakan sebagai anak contoh, pasal dia ni jenis bertanggungjawab, pandai, budak baik, anak murid yang baik contohnya klu kat sekolah tu abg aku ni jenis yg akan dijadikan ketua kelas mahupun pengawas. jenis orang kepercayaan la. cuma slack satu je, satu jeeee. panas baran. macam ayah aku. aku pun panas baran jugak, tp perempuan kan, panas2 pun takde la sampai pukui org.

abg-2 pulak mmg dari kecik asyik bagi masalah je. nyampah aku. kalau boleh hari-hari nak carik gaduh dengan kitorg. kalau kat sekolah cikgu2 mmg komplen memanjang kat mak aku. kalau dulu, kitorang adikberadik perempuan rasa bahagia kalau malam2 dia takde kat rumah. kalau ada kat rumah pun asyik carik gaduh je, org nak tgk citer korea, dia sebuk nak tgk bola. 

mak aku riso betul dgn abg aku kedua ni. yelah, kecik2 suka curik duit. ponteng sekolah. kawan dengan budak tak habis sekolah. memang ciri2 takde masa hadapan (nauzubillah). tapi aku rasa mak aku doa lebih la utk abg-2 aku  ni. sampai berjaya jugak dia jadi cikgu, gaji besa~

tapi aku tak tau la, abg-2 aku ni, asyik je bagi masalah. bukan la masalah besar, tapi masalah la. contohnya satu hari tu dia bwk keta mak aku senyap2 keluar  gi mamak tgk bola. esok pagi, aku yang memang amalkan membersihkan kereta mak aku luar dan dalam (sbb belum ada keta sendiri) pun terkejut bila keta mak aku bau taik. perh, time tu mmg rasa  nak maki je, sapa punya keje la bawak taik dlm keta. taik anjing pulak tu. kena la samak. tu takpa lagi, bila tgk kat bahagian kiri kereta, dah tertanggal da lampu signal. kemek sikit la bahagian tu. pastu aku citer kat blog aku yg lagi satu, siap ada gamba lagi. abg-1 baca, dia pun mengamuk laaaaa pasai dia dah keluaq duit banyak daa betui keta tu sampai sedap naik, tuptup, cacat pulak bhgian kiri. kan dah gaduh. time tu aku tak tau pulak abg-1 rajin baca blog aku. tobat da taknak update benda yg boleh bawak amukan abg-1. 

pastu tak lama tu, pakai keta mak aku jugak, dia parking mana entah, bahagian kanan keta pulak kena gesel sikit la dgn lori. hai la, budak budak. time ni aku da mula kesian da. mesti teruk kena marah dgn abg-1. tapi abg-2 tak melawan la. pasai dia ni tak panas baran. cool ja. tapi kadang2 mood dia ada la nak marah2. mana ada org tak marah langsung, tu alien nama dia.

banyak la, ada yang dia main reverse je kereta, padahal orang kat dalam belum tutup pintu lagi. dah pintu tu tak boleh tutup rapat pasal kena hentam dgn dinding. aku rasa abg-2 ni kelam kabut sikit la. gelabah. kena banyak baca doa penenang hati. kelam kabut nak pegi mana pun aku tak tau.

makcik aku yg duduk dgn dia dulu pernah tanya, knp abg-2 aku tu macam nak menjauhkan diri. menyendiri. dalam dunia dia sendiri je. aku pun pelik la. tak perasan pulak aku. ye ke abg aku nak menyendiri? dah aku rasa bersalah. kitorg adikberadik kejam sgt ke kat dia? hmmmm. soalan tu buat aku berfikir....

mungkin sebab kitorang (adikberadik perempuan) lagi sayang abg-1, jadi kitorg terlalu bergantung kat abg-1. contohnya kalau suruh amik dari stesen bas ke, suruh hantar mana2 ke, dia sentiasa ada. mintak la tolong apa2. insyaAllah dia tolong. jadi tak perlukan sgt abg-2. jadi mungkin abg-2 ni rasa tak diperlukan. jadi dia pun jauhkan diri, menyendiri. mungkin ke? entah la. heiii, tak tau la aku. 

aku ingat lagi, masa abg-1 kenalkan kakipar-1 kat kitorg, mmg kesian la. takde sapa suka kat kakipar-1. kitorang (ni dari pandangan adikberadik perempuan ye) rasa macam abang kitorg ni nanti akan dirampas. dah la dia tu dah mcm pengganti ayah. bila dia kawen nanti, mesti dah lain. rasa kehilangan tau. sobs sobs. masa abg-1 aku kawen, aku mana suka. majlis kawen dia aku dtg mcm jemputan biasa je. konon2 time tu nak dekat exam asasi. alasan jaaa lebih. bila dah lama2 kenal kakipar-1 sebenarnya dia baik kot. macam kakak sendiri. aku selalu je kongsi masalah dgn kakipar-1. dia pulak selalu belanja makan, domino's pizza. anak dia punya hari jadi, kitorg yg gembira, pasal dia belanja domino's lagi. aritu aku ngengade mintak kakipar buat kek batik banyak2, dia pun buat tanpa banyak mengeluh. nyumnyum.. kakipar, ilebbiu <3

bila abg-1 dah kawen, kitorg terpaksa lah mintak tlg abg-2. sebenarnya, dia ni takde lah tak bertanggungjawab langsung. cuma tak diberi peluang je... ada sekali tu, aku sampai bus stand dari KL pukul 11 mlm, dia tunggu setengah jam awal kot. haa, over la pulak tunggu awal2. riso la kot adik paling cun kat bus stand sorang2 mlm2 gitu.

yang paling ketara perbezaan saat2 abg-1 kenalkan buah hati dgn saat2 abg-2 kenalkan buah hati adalah... jengjeng... kitorang semua suka, gembira, excited weyh dgn buah hati abg-2 ni. tak tau kenapa. akak cun ada amalan apa la agaknya, sampai kitorg pun suka kat dia. kakipar-1 dulu takda sapa suka. tapi sekarang wilebbiu kakipar-1 :)

eh, mcm ke laut je entry aku ni. panjang sangat. ringkasan pasal abang-2:
yg aku tak suka (dari perspektif adik ye)
1) buat lawak kadang2 tak lawak pun, ketawe je kuat
2) kelam kabut time bawak kereta (aku tak pernah lupa doa naik kenderaan klu dia yg bawak). tapi baru2 ni, dia bawak kereta ok la. tenang je. mungkin sebab hati tgh berbunga kot. dah tak kekurangan kasih sayang :P
3) suka conker tv. macam tv tu hak dia sorang. tgk anime pulak tu.
4) apa lagi ek? dah takde la kot. nak byk2 pulak aku ni.

yang bagus pasal abg-2:
1) kalau tak suka pasal gaya pemakaian adik2 perempuan yg agak ketat ke, tudung terpendek ke, dia tegur. direct.
2) hahaha, dah takde idea weyh. abg aku ni teruk sgt ke? apahal aku takde benda nak tulis kat bhgian ni? hahahahaha.

yang akak cun perlu tau:
1) abang saya tidak lah sealim ustaz. dia tak sempurna. solat cukup, insyaAllah. solat jumaat pun cukup insyaAllah. 
dia mmg dari darjah lima rajin ke masjid. pastu stop. pastu masa baru2 pindah rumah kitorg skrang, dia pegi masjid tiap2 kali waktu solat. subuh pun tau. masa tu awal2 form4 ke form5. pastu dah jarang2...
masa puasa hari tu, saya kagum bila nampak dia balik dari masjid utk solat terwih. mungkin sebelum ni saya yg tak perasan. yelah, kitorg kan masing2 perantau.
2) abang saya ni bukan jenis lekat kat rumah. malam je keluar. lepak mamak la, futsal la. tapi mungkin sebab orang bujang kan, dah kawen nanti mesti berubah kan, kan...
3) rokok. saya tak pasti dia hisap rokok ke tak.. mak saya cakap tak. dulu-dulu-dulu kwn saya ckp abg saya hisap rokok, time tu jugak saya menangis, kecewa. dia cakap dulu hisap rokok, sekarang dah berenti.