Tuesday 29 November 2011

teringat.....

bila dompet da hilang ni, tiba2 teringat satu kisah dulu2.



satu hari tu, ayah aku balik rumah. bkn senang nk tgk muke ayah aku ni. so, dia tidur...
besoknya, dia bgn. kitorg masa tu da siap2 daa. nak gi sekolah. rutin tiap2 ari, mak aku hantar aku dgn adek2 gi sekolah rendah, abg2 aku pulak satu sekolah dgn mak aku..sekolah menengah.

tiba2 je ayah aku menggelabah. dompet dia ada. duit seratus hilang. ayah aku da syak abg aku yg ke2 tu amik duit dia. ayah aku pun tanya laa.....

bkn tanya la, da mcm samseng da. ayah aku pegang kolar leher abg aku, dia tolak abg aku kat dinding, pegang pisau...suruh ngaku curik duit ke tak........ time tu aku memang takut giler kalau abg aku tu kena tikam...hei, ganas btol zaman kanak2 ku.

abg aku yg ke2 tu da nangis2 daa... siap sumpah2 ckp tak curik. aku pulak mmg tak boleh tgk adek-beradek aku nangis. aku mesti menangis sekali. mcm berjemaah pulak. tapi nangis je la. tak buat ape2. abang aku yg pertama pulak senyap je aku tgk. dia pandang bawah je. mcm tenang je dgn situasi tu. tp aku tau, mesti dia tu pon tgh risau....

last2 abg ke2 aku tu ngaku. dia sembunyikan duit bwh katil...tu pun lepas kitorg da gi sekolah, abg ke2 aku kena tahan kat umah. bapak aku ckp klu nak duit ckp, jgn mencuri. mmg cara bapak aku ganas, tapi sbb tu jgk la, abg aku yg kedua tu da tak amek duit org lagi...



hmmm...abg aku yg pertama tu pulak, walaupun dia nmpak mcm dingin dgn abg aku yg ke2, tp aku tau..mmg dia amek berat pasal abg aku yg kedua. pernah sekali abg aku yg pertama ternampak abg aku yg ke2 hisap rokok kat shopping complex. mmg dia kecewa sgt.

bila da kat umah je, terus abg aku dibelasah oleh abg 1st. muke dia mmg merah sgt time tu. mak aku da tak boleh buat ape.... pastu kitorg balik kg, tinggalkan abg 2nd kat umah. dlm kete, abg 1st suruh kitorg jgn bgtau ayah pasal hisap rokok. takut lagi teruk dia kena..... dlm kecewa2 pon dia risau jgk klu ayah aku belasah abg 2nd aku tu. org klu da merokok, belasah smpi koma pun, lepas baik dia hisap balik....

abg aku yg 2nd tu mmg bnyk sgt masalah. dia kata tension, sbb selalu gado dgn abg 1st. ayah pulak selalu takde kat rumah. tapi skrang tak la. da nak jdi cikgu daa. berkat doa mak aku.

Monday 28 November 2011

emak yang sangat sayangkan ayah. aku sayang emak, tak syg ayah

sebenarnya aku ada dua blog. ni blog ke-2 aku. 
blog pertama, aku nukilankan tentang apa yang aku boleh kongsi dengan orang yang mengenaliku..
blog ni pulak, aku kongsikan semua cerita aku, tanpa pembaca tahu siapa diri sebenar aku.

blog pertama bnyak aku kongsikan tentang kasih sayangku pada mak. aku sayang benar dgn dia. aku ceritakan tentang kawan2, adekberadek. semua cerita yg boleh dikongsi.

tak pernah aku ceritakan tentang ayahku dlm blog tersebut. kali ni aku nak cerita tentang ayah aku....



mulutku sentiasa melafazkan yang aku benci sangat2 dgn ayah. tapi aku tak boleh tipu diri sendiri bila pakcik2 dan makcik2 aku selalu cerita yang buruk2 pasal dia. aku tak boleh terima. aku tak boleh terima org luar yang sekadar memandang kutuk2 ayah aku. mereka sekadar melihat....

tapi apakan lagi aku dan keluarga yang memang merasa pengalaman pahit tersebut.

di sini aku ceritakan sedikit pengalaman ibuku yg dia ceritakan padaku bila umurku menginjak 16tahun. aku tertanya-tanya juga kenapa ayah boleh jdi mcm tu? tak mcm ayah orang lain...

kisahnya bermula begini.
semasa duduk di KL, ayah ku berkenalan dengan seorang wanita, pekerja kelab malam. syarifah namanya. seorang janda mempunyai dua anak perempuan yang masih kecil. 

 tatkala itu, aku masih dalam kandungan ibuku. cuma ada 2 org abg2ku saja.
suatu hari, wanita tersebut telefon ibuku. (aku da taknak pki ayat novel). dia ckp ayah aku da buat dia mengandung. dia nak ayah aku kawen dgn dia. bayangkan ibu mengandung dapat berita mcm tu.. mesti lah sedih. mak aku ckp masa mengandungkan aku, mak aku bnyak menangis. sbb tu la kot aku ni senang sgt nk nangis. tp mak ckp dia kena kontrol, tak boleh sedih sgt. dia tak nak gila meroyan. time2 mcm tu pon mak aku masih pikir anak2 dia. 


serius lah. mak aku ni jenis yang akan utamakan anak dari suami sendiri. dia kata anak2 dialah yg sentiasa ada dgn dia. bkn suami. dia kata dia tak mintak cerai sbb dia taknak anak2 dia takde ayah. tp bg aku, klu ada ayah, tp raya2 pon xde kat umah, baik tak payah.....


ok, smbung. mak aku jumpa perempuan tu, dgn ayah aku sekali mak aku angkut. jumpe face to face. ayah aku ckp dia takdenye nak wat mcm tu. bnyk la yg diorng bincang. tp tak tau ape kesudahan dia.


lepas aku lahir, kitorg pindah perak. ingat da settle la kan. rupenye ayah aku kawen senyap2, siap bwk pindah perak sekali.


mak aku sgt syg kat ayah. sume duit rumah, kete, bil2, ayah aku yg tlg byar, pki duit mak aku. satu hari tuan rumah dtg ckp da 4bulan rumah tak bayar. mak aku terkejut jgk. tp terpakse lah dia bayar lgi sekali. 


hmmmmh, rupe2nye...sume duit tu ayah aku wat bayar rumah sewa untuk isteri ke2 dia. rumah banglo setingkat pulak tu. mak aku ckp patutla 2-3 hari tu hilang. da ade bini baru rupanya. klu kawen tak nyusahkn org takpe gak.

mak aku jenis berdikari. dia pandai bwk kereta, dia  sedih, dia balik kg kat batu pahat. dgn anak2 kecik. hmmmmh.


aku ingat lagi, bila duit mak aku da takde, sbb hutang kad kredit yg ayah aku pki, mak aku pakai kete mazda yg mmg buruk giler la. mak aku kata, tu lah kete penyelamat. klu tak mmg mak aku tak pegi mana2 lah. xde transport. mmg selalu lah rosak kat tgh jln. lagi2 klu on d way nak balik kg. dgn road tax takde... mak aku tawakal je lah. time tu aku dlm 4taun agaknye. sorang ibu, dgn lima org anak yg paling besar pon baru darjah 4. 


sbb tu lah aku rasa knp abang aku yg first tu terpaksa matang kan diri dia dlm usia yg muda. dia rasa mak dgn adik2 dia tu tanggungjawab dia. abg aku garang.tp aku tau dia sayang kitorng.


sikit sgt masa kanak2 aku yg terisi dgn kehadiran seorang ayah. 


tp mak aku mmg taknak anak2 dia rasa kekurangan kasih syg ayah. setiap kali cuti sekolah je, mesti jln2. best sgt2. walaupun nek kete cabok tu je. aku tetap rasa seronok. tangkap2 gamba....


tp bila kwn2 aku tgk gamba cuti aku, mesti dia tanya "eh, ayah kau tak ikut ke? knp tak ikut?"... mcm biasalah, mesti aku kena bgtau jawapan yg mmg da mak aku set kan kat otak aku.... "dia kerja, tak dpt cuti..selalu kitorg cuti, dia yg bg duit"... kecik2 lg aku da kena menipu. tipu sunat. sape suruh tanya pasal ayah.... mmg ayah aku takde la bg duit... mintak duit lg ade lah. tak penah ayah aku belikan baju utk aku.... dlm mimpi lah.

mak aku mmg suruh kitorg rahsiakan masalah keluarga dari org lain..

tp yg lagi sedih bila ayah aku balik, ngamuk2 mintak mak aku duit. ugut2. da dpt duit, balik melaka.. mmg kecewe sgt. dulu aku penah doa biar ayah aku mati cpt. tp tu dulu la. masa kecik2. jgn la makbulkan doa aku yg satu tu. biar la panjang umur ayah aku sampai dia sempat bertaubat.



mak aku mmg sangat penyaba.

da la. nnti citer lagi. lege sikit dpt kongsi...







Sunday 27 November 2011

sayang abang2 aku, tak syg ayah..........

aku ada dua orang lelaki yang aku sayang. mereka ialah abang2 aku. sekarang mood nak cerita pasal mereka. :)

kenapa aku ada dua orang lelaki je yang aku sayang? kenapa abang je? ayah  mana?
ayah aku ada. tapi aku tak sayang dia. masa mak aku mengandungkan aku, ayah aku buat hal pulak. dia kahwin lain. hmm, lelaki.. sebab tu aku sayang dua orang lelaki je. aku benci lelaki lain. lain kali aku citer pasal ayah aku. bukan nak mengaibkan, cuma luahan. lagipon bkn ada yang kenal aku pon..

aku rindu masa kecik2 dulu. dua2 abang aku tu rapat giler.

ayah aku dulu tentera laut. dia hensem sangat, sbb tu muke aku cantik (org kata lah...aku tak kata ape2, senyum je klu org puji... :) sbb dia tentera laut, so selalu pindah-randah... kejap perak, kejap kl, sat lagi melaka.. tp ayah aku tak lama jdi tentera laut, dia berenti, wat bisnes kat KL. sejak tu dia berubah. sejak bisnes da bagus. time tu aku blum lahir pon. dia buat hal, mak aku kecewa sgt...dia pasrah, tp tuhan balas, bisnes dia lingkup...panjang citer. ayah aku kawen, bawak bini dia dgn mak aku sekali pindah melaka. mak aku cikgu sekolah menengah. mak tiri aku tak keje lepas kawen dgn ayah aku. dia dulu keje kat kelab malam...tapi takde lah duduk satu rumah. mesti la lain2.

kat melaka ni bnyk kenangan kecik2 aku yang kadang2 seronok, tp kdg2 aku rasa mcm nak lupakan kenangan tu. taknak ingat pon. hmmm.



abang2 aku...diorg la yang selalu ceriakan aku, mak dan adik2 aku. aku ade 5 adek-beradek. aku anak ke-3. 2 adek perempuan. memang abg2 aku ni nakal. budak lelaki kan...tp seronok bila ingat diorng masa kecik2. aku rindu sgt saat2 tu. diorng rapat sgt.

tapi sejak diorng da meningkat remaja, diorng dah tak macam dulu. asyik nak gadoh je. pernah satu kali tu abg sulong aku pukol abg aku yg ke-2... abg aku yg ke-2 tu da tak sabar, dia nak melawan. da bnyk kali dia kena pukol. aku tak paham kenapa abg aku yg 1st tu suka pukol, panas baran mcm ayah aku... so, abg aku yg 2nd tu amek pisau, dia nak tikam abg 1st aku. aku takut sangat time tu. sedih. time tu aku rasa aku perlukan ayah. masa tu ayah aku takde. ayah aku balik 2-3 bulan sekali. (mcm la duk oversea). mak aku pulak da pegang penyapu. mak aku garang jgk.

yg nak tikam tu tak kuat sgt. so, abg aku yg 1st boleh la tahan dia. dua kali diorg gaduh smpai pegang pisau sume. pastu gadoh tengking2 je. ade sekali pulak, abg 1st aku bwk kete kejar abg 2nd aku yg bwk moto. aku tak paham betol. adek beradek pon nak gado mcm tu. knp ha? kau tak pikir ke aku sedih la dua org yg aku paling sayang gado mcm musuh pulak...da la ada ayah da mcm takde ayah. knp korang ni ha?



dulu org yg paling aku sayang abg aku yg 1st. tp bila da lama2 aku lagi sayang yg ke-2. aku tgk dia lagi bnyk diamkan diri daripada melawan. dia taknak tgk mak aku menangis bila diorng gaduh. haisy...

skrang abg aku yg pertama da kawen. umor dia 25thn. isteri dia mengandung anak 1st. abg aku yg 2nd pulak belajar kat upsi. bakal cikgu. umor dia 23thn. aku? 19 thn..belajar lagi. kat universiti tuuutttt. rahsia. aku amek ijazah skrang...bru tahun satu. adek aku 18thn, kat matrik, dan yg bongsu 17thn sekolah asrama di JB.

sampai sekarang hubungan dua2 abg aku tak berapa baik. tapi keadaan tetap sama. abg aku yg 2nd tetap berdiam diri. dia cool. kesian lak aku tgk. mkn dalam.

entry pertamaku.

hai. assalamualaikum.
tujuan aku buat blog ni adalah utk meluahkan segala rahsia diri aku yang dah lama aku simpan.
aku juga buat blog ni untuk lepaskan geram aku yang aku pendam kat org sekeliling aku.
tu je. simple.