Monday 28 November 2011

emak yang sangat sayangkan ayah. aku sayang emak, tak syg ayah

sebenarnya aku ada dua blog. ni blog ke-2 aku. 
blog pertama, aku nukilankan tentang apa yang aku boleh kongsi dengan orang yang mengenaliku..
blog ni pulak, aku kongsikan semua cerita aku, tanpa pembaca tahu siapa diri sebenar aku.

blog pertama bnyak aku kongsikan tentang kasih sayangku pada mak. aku sayang benar dgn dia. aku ceritakan tentang kawan2, adekberadek. semua cerita yg boleh dikongsi.

tak pernah aku ceritakan tentang ayahku dlm blog tersebut. kali ni aku nak cerita tentang ayah aku....



mulutku sentiasa melafazkan yang aku benci sangat2 dgn ayah. tapi aku tak boleh tipu diri sendiri bila pakcik2 dan makcik2 aku selalu cerita yang buruk2 pasal dia. aku tak boleh terima. aku tak boleh terima org luar yang sekadar memandang kutuk2 ayah aku. mereka sekadar melihat....

tapi apakan lagi aku dan keluarga yang memang merasa pengalaman pahit tersebut.

di sini aku ceritakan sedikit pengalaman ibuku yg dia ceritakan padaku bila umurku menginjak 16tahun. aku tertanya-tanya juga kenapa ayah boleh jdi mcm tu? tak mcm ayah orang lain...

kisahnya bermula begini.
semasa duduk di KL, ayah ku berkenalan dengan seorang wanita, pekerja kelab malam. syarifah namanya. seorang janda mempunyai dua anak perempuan yang masih kecil. 

 tatkala itu, aku masih dalam kandungan ibuku. cuma ada 2 org abg2ku saja.
suatu hari, wanita tersebut telefon ibuku. (aku da taknak pki ayat novel). dia ckp ayah aku da buat dia mengandung. dia nak ayah aku kawen dgn dia. bayangkan ibu mengandung dapat berita mcm tu.. mesti lah sedih. mak aku ckp masa mengandungkan aku, mak aku bnyak menangis. sbb tu la kot aku ni senang sgt nk nangis. tp mak ckp dia kena kontrol, tak boleh sedih sgt. dia tak nak gila meroyan. time2 mcm tu pon mak aku masih pikir anak2 dia. 


serius lah. mak aku ni jenis yang akan utamakan anak dari suami sendiri. dia kata anak2 dialah yg sentiasa ada dgn dia. bkn suami. dia kata dia tak mintak cerai sbb dia taknak anak2 dia takde ayah. tp bg aku, klu ada ayah, tp raya2 pon xde kat umah, baik tak payah.....


ok, smbung. mak aku jumpa perempuan tu, dgn ayah aku sekali mak aku angkut. jumpe face to face. ayah aku ckp dia takdenye nak wat mcm tu. bnyk la yg diorng bincang. tp tak tau ape kesudahan dia.


lepas aku lahir, kitorg pindah perak. ingat da settle la kan. rupenye ayah aku kawen senyap2, siap bwk pindah perak sekali.


mak aku sgt syg kat ayah. sume duit rumah, kete, bil2, ayah aku yg tlg byar, pki duit mak aku. satu hari tuan rumah dtg ckp da 4bulan rumah tak bayar. mak aku terkejut jgk. tp terpakse lah dia bayar lgi sekali. 


hmmmmh, rupe2nye...sume duit tu ayah aku wat bayar rumah sewa untuk isteri ke2 dia. rumah banglo setingkat pulak tu. mak aku ckp patutla 2-3 hari tu hilang. da ade bini baru rupanya. klu kawen tak nyusahkn org takpe gak.

mak aku jenis berdikari. dia pandai bwk kereta, dia  sedih, dia balik kg kat batu pahat. dgn anak2 kecik. hmmmmh.


aku ingat lagi, bila duit mak aku da takde, sbb hutang kad kredit yg ayah aku pki, mak aku pakai kete mazda yg mmg buruk giler la. mak aku kata, tu lah kete penyelamat. klu tak mmg mak aku tak pegi mana2 lah. xde transport. mmg selalu lah rosak kat tgh jln. lagi2 klu on d way nak balik kg. dgn road tax takde... mak aku tawakal je lah. time tu aku dlm 4taun agaknye. sorang ibu, dgn lima org anak yg paling besar pon baru darjah 4. 


sbb tu lah aku rasa knp abang aku yg first tu terpaksa matang kan diri dia dlm usia yg muda. dia rasa mak dgn adik2 dia tu tanggungjawab dia. abg aku garang.tp aku tau dia sayang kitorng.


sikit sgt masa kanak2 aku yg terisi dgn kehadiran seorang ayah. 


tp mak aku mmg taknak anak2 dia rasa kekurangan kasih syg ayah. setiap kali cuti sekolah je, mesti jln2. best sgt2. walaupun nek kete cabok tu je. aku tetap rasa seronok. tangkap2 gamba....


tp bila kwn2 aku tgk gamba cuti aku, mesti dia tanya "eh, ayah kau tak ikut ke? knp tak ikut?"... mcm biasalah, mesti aku kena bgtau jawapan yg mmg da mak aku set kan kat otak aku.... "dia kerja, tak dpt cuti..selalu kitorg cuti, dia yg bg duit"... kecik2 lg aku da kena menipu. tipu sunat. sape suruh tanya pasal ayah.... mmg ayah aku takde la bg duit... mintak duit lg ade lah. tak penah ayah aku belikan baju utk aku.... dlm mimpi lah.

mak aku mmg suruh kitorg rahsiakan masalah keluarga dari org lain..

tp yg lagi sedih bila ayah aku balik, ngamuk2 mintak mak aku duit. ugut2. da dpt duit, balik melaka.. mmg kecewe sgt. dulu aku penah doa biar ayah aku mati cpt. tp tu dulu la. masa kecik2. jgn la makbulkan doa aku yg satu tu. biar la panjang umur ayah aku sampai dia sempat bertaubat.



mak aku mmg sangat penyaba.

da la. nnti citer lagi. lege sikit dpt kongsi...







7 comments:

NEPH said...

bgus mak awak tu...

Seri Bahasa said...

ayah tetap ayah...tak boleh salahkan sesiapa...orang pompuan memang gitu hati lembut tak macam orang lelaki...

sisi_gelapku said...

hehe... mcm mana pun ayah tu pun, saya tetap syg dia. <3

Mama Aishah said...

semoge awak tabah ;)

jln sedih2, Allah sentiasa ada.

sisi_gelapku said...

hehe. tq.

Si Orkid said...

zatiey doakan alya lebih tabah. kuat semangat ok? bnykkan berdoa..

Reen Rostarizam said...

selalu tabah oke :), sy pun dri keluarga yg bercerai, ayh sy dh tak ingt sy mgkin, entahla, sy fham ape yg awk rase sbb sy pun prnh rasainya, lg lg sy anak yg sulung. byk benda kena tggung, but kita kena sentiasa tabah ok :) sentiasa berharap pd yang satu, pd yg kekal, pd yg selalu ad waktu kita susah dn senang. pd dia yang maha esa :)