Sunday, 27 November 2011

sayang abang2 aku, tak syg ayah..........

aku ada dua orang lelaki yang aku sayang. mereka ialah abang2 aku. sekarang mood nak cerita pasal mereka. :)

kenapa aku ada dua orang lelaki je yang aku sayang? kenapa abang je? ayah  mana?
ayah aku ada. tapi aku tak sayang dia. masa mak aku mengandungkan aku, ayah aku buat hal pulak. dia kahwin lain. hmm, lelaki.. sebab tu aku sayang dua orang lelaki je. aku benci lelaki lain. lain kali aku citer pasal ayah aku. bukan nak mengaibkan, cuma luahan. lagipon bkn ada yang kenal aku pon..

aku rindu masa kecik2 dulu. dua2 abang aku tu rapat giler.

ayah aku dulu tentera laut. dia hensem sangat, sbb tu muke aku cantik (org kata lah...aku tak kata ape2, senyum je klu org puji... :) sbb dia tentera laut, so selalu pindah-randah... kejap perak, kejap kl, sat lagi melaka.. tp ayah aku tak lama jdi tentera laut, dia berenti, wat bisnes kat KL. sejak tu dia berubah. sejak bisnes da bagus. time tu aku blum lahir pon. dia buat hal, mak aku kecewa sgt...dia pasrah, tp tuhan balas, bisnes dia lingkup...panjang citer. ayah aku kawen, bawak bini dia dgn mak aku sekali pindah melaka. mak aku cikgu sekolah menengah. mak tiri aku tak keje lepas kawen dgn ayah aku. dia dulu keje kat kelab malam...tapi takde lah duduk satu rumah. mesti la lain2.

kat melaka ni bnyk kenangan kecik2 aku yang kadang2 seronok, tp kdg2 aku rasa mcm nak lupakan kenangan tu. taknak ingat pon. hmmm.



abang2 aku...diorg la yang selalu ceriakan aku, mak dan adik2 aku. aku ade 5 adek-beradek. aku anak ke-3. 2 adek perempuan. memang abg2 aku ni nakal. budak lelaki kan...tp seronok bila ingat diorng masa kecik2. aku rindu sgt saat2 tu. diorng rapat sgt.

tapi sejak diorng da meningkat remaja, diorng dah tak macam dulu. asyik nak gadoh je. pernah satu kali tu abg sulong aku pukol abg aku yg ke-2... abg aku yg ke-2 tu da tak sabar, dia nak melawan. da bnyk kali dia kena pukol. aku tak paham kenapa abg aku yg 1st tu suka pukol, panas baran mcm ayah aku... so, abg aku yg 2nd tu amek pisau, dia nak tikam abg 1st aku. aku takut sangat time tu. sedih. time tu aku rasa aku perlukan ayah. masa tu ayah aku takde. ayah aku balik 2-3 bulan sekali. (mcm la duk oversea). mak aku pulak da pegang penyapu. mak aku garang jgk.

yg nak tikam tu tak kuat sgt. so, abg aku yg 1st boleh la tahan dia. dua kali diorg gaduh smpai pegang pisau sume. pastu gadoh tengking2 je. ade sekali pulak, abg 1st aku bwk kete kejar abg 2nd aku yg bwk moto. aku tak paham betol. adek beradek pon nak gado mcm tu. knp ha? kau tak pikir ke aku sedih la dua org yg aku paling sayang gado mcm musuh pulak...da la ada ayah da mcm takde ayah. knp korang ni ha?



dulu org yg paling aku sayang abg aku yg 1st. tp bila da lama2 aku lagi sayang yg ke-2. aku tgk dia lagi bnyk diamkan diri daripada melawan. dia taknak tgk mak aku menangis bila diorng gaduh. haisy...

skrang abg aku yg pertama da kawen. umor dia 25thn. isteri dia mengandung anak 1st. abg aku yg 2nd pulak belajar kat upsi. bakal cikgu. umor dia 23thn. aku? 19 thn..belajar lagi. kat universiti tuuutttt. rahsia. aku amek ijazah skrang...bru tahun satu. adek aku 18thn, kat matrik, dan yg bongsu 17thn sekolah asrama di JB.

sampai sekarang hubungan dua2 abg aku tak berapa baik. tapi keadaan tetap sama. abg aku yg 2nd tetap berdiam diri. dia cool. kesian lak aku tgk. mkn dalam.

6 comments:

NEPH said...

luahan yang menarik......jalan cerita sedap nk dengar..memg datang dari hati....

sisi_gelapku said...

byk nak luah kan, tapi....takpe. baru first day wat blog ni.

naiemah_ramli said...

sabar ek..ada hikmah kn smua ni.. ^__^ allah syg kita..sbb tu dia uji kita..

sisi_gelapku said...

btol. sume org pon ade ujian dia masing2. ada yg lagi teruk pon. hehe ^_^

zatiey said...

Alhamdulillah..masih ade mak dan ayah.. awk masih beruntong dik..akak ni. parents akak dua2 dh xde dik..

sisi_gelapku said...

saya tak boleh bayangkan klu mak saya takde....

mesti akak ni seorng yg tabah, klu tak takkan Allah uji akak takde parents dlm usia yg muda kan....